Nota: Harap Maaf, artikel-artikel sebelum ini disimpan ke dalam draft kerana kami ingin memperbaharui semula blog ini.
Badak sumbu kerbau, juga dikenali sebagai badak sumbu Sumatera telah diisytiharkan pupus di Malaysia oleh sekumpulan saintis.
Mereka menyatakan kepupusan badak sumatera tersebut adalah disebabkan pemburuan, kehilangan habitat dan kekurangan dana dalam usaha menghentikan pemburuan.
Semenjak 2007, hanya dua badak sumatera betina yang pernah dilihat di Malaysia. Satu pada 2011, manakala satu lagi pada 2014. Kedua-dua badak sumatera tersebut ditangkap untuk dibiakkan, menurut blog CAES.