Perlis: Lebih 500 penduduk di beberapa kawasan di negeri Perlis
terpaksa bergelap selama hampir 4 jam kerana ribut yang memutuskan bekalan elektrik.
Menurut salah seorang penduduk, Nor Shamsuri Saman, 43 tahun, ribut pada petang kemarin yang telah menumbangkan banyak pokok telah mengakibatkan bekalan elektrik terganggu, lapor Harian Metro.
Kejadian ribut yang berlaku pada 28 Ogos, kemarin, juga telah menumbangkan banyak pokok dan memutuskan talian telefon sepanjang Jalan Kilang Gula.
Artikel Penuh di http://www.hmetro.com.my/node/73674